Strategi Kontrator dalam Menangani Penularan Wabak Covid 19 di Tapak Pembinaan

Authors

  • Nur Shafiqah Setapa Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Haryati Shafii UTHM
  • Seow Ta Wee Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Norliana Sarpin Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Goh Kai Chen Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Keywords:

Strategi Kontraktor, Penularan Covid-19, Tapak pembinaan

Abstract

Industri pembinaan merupakan antara industri yang menyumbang kepada  pembangunan Malaysia. Isu penularan wabak Covid 19 kepada pekerja pembinaan menyebabkan berlakunya peningkatan jangkitan wabak di tapak bina. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti langkah-langkah yang dijalankan oleh kontraktor dalam menangani penularan wabak Covid 19 dan mengkaji cabaran-cabaran yang dihadapi oleh kontraktor dalam melaksanakan strategi bagi menangani penularan wabak Covid 19 ke atas pekerja binaan. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu temubual kepada kontraktor G7 serta pekerja pembinaan dan analisis data adalah menggunakan analisis tematik. Hasil kajian menunjukkan bahawa kontraktor peka terhadap perkembangan terkini dan mematuhi prosedur pencegahan Covid-19. Kontraktor juga memastikan setiap pekerja mematuhi SOP ketika berada di tapak bina. Walaubagaimanapun kontraktor berhadapan dengan banyak cabaran dan memerlukan kos rawatan kepada pekerja yang dijangkiti. Diharapkan hasil kajian ini dapat memberikan maklumat dan manfaat yang berguna kepada pelbagai pihak terutama kepada pekerja dalam sektor pembinaan.

 

 

Kata Kunci: Strategi Kontraktor, Penularan Covid-19, Tapak pembinaa

Downloads

Published

28-11-2022

Issue

Section

Article

How to Cite

Setapa, N. S. ., Shafii, H., Ta Wee, S., Sarpin, N., & Kai Chen, G. (2022). Strategi Kontrator dalam Menangani Penularan Wabak Covid 19 di Tapak Pembinaan . Research in Management of Technology and Business, 3(2), 353-365. https://penerbit.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb/article/view/9002