Cabaran Mengaplikasi Konsep Bangunan Hijau dalam Kalangan Kontraktor Di Negeri Selangor

Authors

  • Mohammad Zarul Ikhwan Abd Razak
  • Sharifah Meryam Shareh Musa Ts.
  • Hamidun Mohd Noh
  • Rozlin Zainal
  • Narimah Kasim

Keywords:

Konsep Bangunan Hijau, Teknologi Binaan Mesra Alam Semula jadi, Pemuliharaan Sumber

Abstract

 Bangunan hijau merupakan bangunan yang bercirikan teknologi binaan mesra alam semulajadi. Selain menjimatkan pelbagai jenis tenaga termasuk tenaga elektrik, air, angin serta kos, ianya juga turut memberi keselesaan dan persekitaran yang sihat kepada penghuninya. Bahan yang digunakan untuk membina bangunan adalah salah satu masalah yang utama yang menyebabkan kesan terhadap pemuliharaan sumber. Beberapa kajian telah dilakukan untuk menentukan halangan pelaksanaan bangunan hijau. Walau bagaimanapun, pembangunan lestari masih dianggap perlahan di Malaysia termasuk di negeri Selangor. Objektif utama kajian adalah untuk mengetahui cabaran dalam melaksanakan konsep bangunan hijau dalam kalangan kontraktor di negeri Selangor. Kajian ini memfokuskan kepada cabaran dalam menerapkan konsep bangunan hijau. Kajian ini memfokuskan kontraktor di negeri Selangor sahaja. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan secara kuantitatif dengan kaedah soal selidik untuk kajian ini. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah menggunakan kaedah kuantitatif iaitu secara soal selidik sebagai data sekunder dan juga data primer. Kaedah pengumpulan data adalah menggunakan kaedah kuantitatif. Proses pengumpulan data dilakukan dengan menghantar borang soal selidik kepada responden yang disasarkan. Perbincangan mengenai data yang dikumpulkan berdasarkan analisis hasil yang dikumpulkan. Kajian ini telah disusun mengikut aktiviti yang dirangka berdasarkan objektif yang telah ditetapkan. Hasil kajian yang diperolehi, kontraktor pembinaan akan dapat menerapkan konsep bangunan hijau dengan memberikan tumpuan terhadap kecekapan penggunaan tenaga, air dan bahan mentah bagi meningkatkan mutu dalam projek pembinaan yang akan dijalankan. Selain itu, ia dapat mengenal pasti persepsi kontraktor dalam pembinaan bangunan hijau, mengenal pasti cabaran dalam menerapkan konsep bangunan hijau dan mencadangkan penambahbaikan dalam pelaksanaan konsep bangunan hijau dalam kalangan kontraktor di negeri Selangor.

 

Downloads

Published

28-11-2022

Issue

Section

Article

How to Cite

Abd Razak, M. Z. I. ., Shareh Musa, S. M., Mohd Noh, H., Zainal, R. ., & Kasim, N. (2022). Cabaran Mengaplikasi Konsep Bangunan Hijau dalam Kalangan Kontraktor Di Negeri Selangor. Research in Management of Technology and Business, 3(2), 537-552. https://penerbit.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb/article/view/9629