Kajian Terhadap Kesedaran Keselamatan Jalan Raya dalam Kalangan Golongan Muda di Jalan Persekutuan Batu Pahat – Kluang FT050, Johor

Authors

  • Nurul Izliana Mohd Ismail Faculty of Civil Engineering and Built Environment, UTHM
  • Raha Abd Rahman Faculty of Civil Engineering and Built Environment, UTHM

Keywords:

Safety awareness, FT050, Youngsters

Abstract

Matlamat kajian ini adalah untuk mengetahui tahap kesedaran keselamatan jalan raya golongan muda di Jalan Persekutuan Batu Pahat – Kluang FT050. Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan kaedah borang kaji selidik menerusi ‘Google Form’ dengan seramai 200 responden telah mengambil bahagian. Kajian ini telah dijalankan bermula bulan Ogos 2021 sehingga Oktober 2021 bagi lokasi sekitar Batu Pahat, Sri Gading, Parit Raja dan Air Hitam. Dengan nilai Cronbach's alpha bagi menilai kebolehpercayaan dan kesahan soalan-soalan dalam set soalan soal selidik kajian ini adalah 0.829 melebihi 0.7. Hasil kajian mendapati bahawa sejumlah 56% perempuan dan 44% lelaki di mana 6% umur 16-20 tahun, 51% berumur lingkungan 21-25 tahun, 27.5%. berumur 26-30 tahun, 9.5% berumur 31-35 tahun dan 5.55% adalah dari 36-40 tahun Dapatan kajian mendapati bahawa tahap kesedaran keselamatan jalan raya bagi golongan muda adalah di tahap sederhana dengan nilai skor min 3.33 dan sisihan piawai 0.464 diperolehi. Perlu diambil perhatian serius terhadap nilai min 2.53 serta sisihan piawai 0.582 di mana pelanggaran pematuhan lampu isyarat yang diperolehi daripada kajian ini.

Downloads

Published

11-07-2023

How to Cite

Mohd Ismail, N. I., & Abd Rahman, R. (2023). Kajian Terhadap Kesedaran Keselamatan Jalan Raya dalam Kalangan Golongan Muda di Jalan Persekutuan Batu Pahat – Kluang FT050, Johor. Recent Trends in Civil Engineering and Built Environment, 4(2), 267-273. https://penerbit.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rtcebe/article/view/5765