Pembangunan Video E-Pembelajaran untuk Proses Penanaman Cerucuk Gerek dan Cerucuk Konkrit Spun

Authors

  • S. Yasser S. Abdul Wahid
  • Isham Ismail

Keywords:

Covid-19, E-Learning, YouTube, SketchUp

Abstract

Sistem Pendidikan antara yang terkesan akibat penularan wabak Covid-19. Justeru, pembelajaran di atas talian atau E-Pembelajaran telah dilaksanakan bagi mengekang serta mengurangkan risiko penularan penyakit ini. Dalam menghadapi situasi seperti ini, pembelajaran di atas talian amat penting bagi menggelakkan ketinggalan pelajaran dalam kalangan pelajar. Dalam pembelajaran di atas talian, perkongsian video adalah antara inisiatif yang kerap digunakan dalam sesi pembelajaran dan pengajaran di rumah. Walaubagaimanapun, video yang dikongsi kebanyakkannya tidak menyediakan maklumat yang jelas serta kekurangan maklumat yang boleh menyebabkan salah faham dan kekeliruan berlaku terhadap pelajar. Oleh itu, dengan penghasilan video animasi yang menarik dengan menggunakan perisian SketchUp, IBM Watson serta Filmora wajar dilaksanakan bagi memberi kefahaman serta merangsang kemahiran berfikir terhadap pelajar. Selain itu, dengan penghasilan video animasi yang lengkap akan dapat memenuhi kekurangan-kekurangan yang terdapat di dalam saluran YouTube. Kesimpulannya, kajian ini telah menghasilkan animasi pembelajaran untuk proses pembinaan cerucuk gerek dan cerucuk konkrit spun bertetulang.

Downloads

Published

02-07-2024

How to Cite

S. Abdul Wahid, S. Y., & Ismail, I. . (2024). Pembangunan Video E-Pembelajaran untuk Proses Penanaman Cerucuk Gerek dan Cerucuk Konkrit Spun. Recent Trends in Civil Engineering and Built Environment, 5(1), 35-46. https://penerbit.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rtcebe/article/view/5905