Kaedah Pembiayaan bagi Projek Pembinaan di Malaysia Secara “Public-Private Partnership”

Authors

  • Siti Zubaidah Nordin
  • Azeanita Suratkon

Keywords:

Projek pembinaan, Public Private Partnership, Pembiayaan Projek

Abstract

Di Malaysia, Kerjasama Awam Swasta atau dikenali sebagai Public Private Partnership (PPP) merupakan suatu bentuk kerjasama daripada pihak kerajaan dan swasta dalam pelan perancangan dan pembangunan negara. Mekanisme pembiayaan projek ini adalah sangat kritikal untuk memastikan kelancaran projek. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kaedah pembiayaan projek-projek pembinaan yang telah berjaya dijalankan melalui kaedah PPP untuk mengenalpasti proses, prosedur, dan kelemahan yang ada. Data diperolehi daripada kajian literatur dan sumber sekunder berkaitan dan temubual dengan pihak yang terlibat dalam projek pembinaan PPP. Bagi kaedah pembiayaan boleh dilakukan secara skim pembiayaan kontrak, hutang bank komersial, pelaburan dan pembiayaan secara sukuk. Antara proses untuk mendapatkan pembiayaan adalah syarikat konsesi memohon pinjaman pembiayaan daripada pembiaya dan sejumlah dana yang dipersetujui akan diperolehi daripada kontrak yang dilakukan bagi membiayai projek tersebut.

Downloads

Published

02-07-2024

How to Cite

Nordin, S. Z., & Suratkon, A. (2024). Kaedah Pembiayaan bagi Projek Pembinaan di Malaysia Secara “Public-Private Partnership”. Recent Trends in Civil Engineering and Built Environment, 5(1), 1-13. https://penerbit.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rtcebe/article/view/5980