Kajian Kepatuhan Had Laju Kenderaan di hadapan sekolah SK Panchor, Jalan Panchor J137, Panchor, Muar

Authors

  • Muhammad Aliff Ruslin @ Roslin
  • Noorliyana Omar

Keywords:

Kajian Kelajuan Setempat, Had Laju, Panchor, Sekolah

Abstract

Jalan raya adalah salah satu struktur yang dibina bagi memudahkan perjalanan kenderaan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Sesuatu jalan mempunyai had laju yang telah ditetapkan bagi mengurangkan risiko kemalangan di jalan raya. Maka, kesemua pengguna jalan perlulah mematuhi had laju yang telah ditetapkan. Lokasi yang dipilih untuk menjalankan kajian ini adalah jalan di hadapan Sekolah Kebangsaan Panchor (Jalan Panchor J137) Panchor, Muar. Hal ini demikian kerana jalan ini telah mendapat banyak aduan yang merekodkan kebarangkalian berlakunya kemalangan adalah tinggi. Oleh itu, objektif kajian ini dijalankan untuk mengkaji kepatuhan halaju kenderaan di kawasan kajian. Terdapat banyak penguna jalan yang membawa kenderaannya dalam halaju yang tinggi sehingga mengakibatkan risiko kemalangan kepada pengguna jalan yang lain. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah Kajian Kelajuan Setempat. Oleh itu, pengambilan data dengan kamera video terhadap halaju dilakukan untuk menilai halaju bagi sesuatu kenderaan. Kemudian, data yang diperolehi daripada hasil kajian dianalisis kepada halaju minimum dan maksimum menggunakan kaedah analisis deskriptif. Selain itu, hasil daripada data yang telah dikumpul dan didatakan akan dinilai sehingga memperolehi nilai 85 persentil kelajuan yang dimana ianya merupakan had laju yang efektif. Dengan menganalisis data, kadar kepatuhan kenderaan terhadap halaju di hadapan sekolah SK Panchor adalah di tahap yang berbahaya. Maka dengan itu, langkah-langakh penyelesaian perlulah dijalankan seperti meletakkan garisan kuning yang lebih tebal supaya pengguna jalan menyedari ianya berada dalam halaju yang tinggi.

Downloads

Published

02-07-2024

How to Cite

Ruslin @ Roslin, M. A., & Omar, N. (2024). Kajian Kepatuhan Had Laju Kenderaan di hadapan sekolah SK Panchor, Jalan Panchor J137, Panchor, Muar. Recent Trends in Civil Engineering and Built Environment, 5(1), 154-162. https://penerbit.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rtcebe/article/view/6000