Penentuan Pekali Kekasaran di Saliran Kampung Parit Bengkok

Authors

  • Mohamad Helmi Firdaus Md Yazid
  • Zarina Md Ali

Keywords:

Pekali kekasaran, Persamaan Manning, Parit Bengkok

Abstract

Kajian ini telah dijalankan di saliran Kampung Parit Bengkok, Parit Raja, Johor. Permasalahan saliran adalah kadar aliran air rendah dan mempunyai permukaan saliran yang tidak seragam. Selain itu, pembuangan sampah yang tidak terkawal serta hakisan dan mendapan daripada aktiviti pertanian yang mengakibatkan perubahan halaju air Objektif kajian ini ialah untuk mengukur ciri dan profil saliran tersebut serta menganalisis pekali kekasaran di sepanjang saliran. Parameter asas dalam pengukuran ini diperlukan seperti halaju, lebar dan kedalaman saliran. Kajian ini menggunakan persamaan Manning bagi mendapatkan nilai pekali kekasaran. Hasil menunjukkan nilai pekali kekasaran adalah di antara 0.0373 hingga 0.1369. Sementara itu, nombor Froude yang diperoleh adalah di antara 0.0708 hingga 0.1964. Aliran air diklasifikasikan sebagai aliran subkritikal. Selain itu. nombor Reynolds pula di antara 4932.0 hingga 30010.5. Berdasarkan nilai purata, stesen 1, 2, 3 dan 5 berada dalam aliran turbulen manakala stesen 4 berada dalam aliran peralihan.

Downloads

Published

02-07-2024

How to Cite

Md Yazid, M. H. F., & Md Ali, Z. (2024). Penentuan Pekali Kekasaran di Saliran Kampung Parit Bengkok. Recent Trends in Civil Engineering and Built Environment, 5(1), 74-82. https://penerbit.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rtcebe/article/view/6004