TAHAP KEMAHIRAN HIDUP MASYARAKAT MISKIN DI SABAH DARI PERSPEKTIF PSIKOSOSIAL

Authors

  • Othman Che Jusoh
  • Hamidi Ismail Universiti Utara Malaysia

Keywords:

Kemahiran Hidup, Masyarakat Miskin, Psikososial, Sabah, Teori Kemahiran Hidup

Abstract

Tahap kemahiran hidup masyarakat miskin dalam menangani kemiskinan di Sabah masih kurang jelas. Objektif artikel ini adalah untuk menentukan tahap kemahiran hidup masyarakat miskin di Sabah berdasarkan konstruk ukuran yang dicadangkan oleh Teori Kemahiran Hidup oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia pata tahun 1998. Konstruk ukuran bagi kajian ini adalah aspek penyelesaian masalah, pembuatan keputusan, ketahanan diri, pemikiran kreatif, kesedaran diri, pemikiran kritis, empati, komunikasi berkesan, keyakinan diri dan kestabilan pemikiran. Seramai 1,210 ketua isirumah terlibat dalam kaji selidik di seluruh Negeri Sabah. Dapatan kajian adalah tiga daripada 10 konstruk kemahiran hidup berada pada tahap tinggi dan selebihnya berada dalam kategori sederhana. Kajian ini penting dalam konteks penilaian tahap kemahiran hidup masyarakat miskin di Sabah dari perspektif psikososial.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

28-08-2018

How to Cite

Che Jusoh, O., & Ismail, H. (2018). TAHAP KEMAHIRAN HIDUP MASYARAKAT MISKIN DI SABAH DARI PERSPEKTIF PSIKOSOSIAL. Journal of Techno-Social, 10(1). Retrieved from https://penerbit.uthm.edu.my/ojs/index.php/JTS/article/view/2697

Issue

Section

Articles