Konsep Samak dan Sertu: Satu Perbandingan Menurut Perspektif Islam

The Concept of Samak and Sertu: A Comparison According to Islamic Perspective

Authors

  • Norhafizah Ahmad Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Wan Ainaa Mardhiah Wan Zahari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Nur Zainatul Nadra Zainol Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Ahmad Sharifuddin Mustapha Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Faizal Pakir Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Azri Hussin Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Keywords:

Samak, Sertu, Penyucian, Kulit, Bangkai, Najis

Abstract

Malay: Samak dan sertu adalah istilah yang berkaitan dengan proses kebersihan dalam Islam. Di Malaysia, sertu menjadi salah satu kriteria dalam permohonan Sijil Halal JAKIM. Namun, terdapat kekeliruan dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia berkaitan istilah samak dan sertu serta penggunaan keduanya dalam kaedah penyucian najis. Kekeliruan ini timbul adalah disebabkan kurang kefahaman bagi istilah samak dan sertu. Justeru, artikel ini bertujuan untuk menjelaskan perbezaan istilah antara samak dan sertu serta penggunaan kedua-dua istilah tersebut. Bagi mencapai tujuan dan objektif yang digariskan, kajian ini menggunakan analisis kandungan buku fiqh, artikel ilmiah serta keputusan fatwa peringkat antarabangsa dan kebangsaan. Pencarian perkataan al-dhabghu dan ghasala digunakan bagi analisis buku bahasa Arab. Manakala, istilah samak dan sertu dalam buku panduan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Data ini kemudian dianalisis berdasarkan kepada pandangan empat mazhab yang muktabar dalam fiqh. Hasil dapatan menunjukkan samak merujuk kepada proses penyucian kulit haiwan daripada kekotoran untuk kegunaan tertentu dengan menggunakan alat yang tajam. Manakala sertu adalah proses penyucian bahagian yang terkena najis mughallazah (anjing, babi dan keturunannya) dengan menggunakan air dan tanah. Kaedah penyucian bagi samak dan sertu berbeza antara keduanya. Implikasi kajian samak dan sertu perlu difahami penggunaannya kerana ia telah disepakati untuk penyucian dan kebersihan.

 

English: Samak and sertu are terms related to the purification process in Islam. In the Islamic society in Malaysia, there is a misconception about the terms samak and sertu and the use of both terms in the purification of impurity. This misconception arises from a lack of understanding of the terms samak and sertu. Therefore, this article aims to explain the difference between the terms samak and sertu and the use of both terms. To achieve the aforementioned objectives, this study is based on an analysis of the content of fiqh books, scholarly articles, and fatwa on international and national rankings. For the analysis of Arabic books, the search of the terms al-dhabghu and ghasala is used. Meanwhile, the terms samak and sertu in the Malaysian Islamic Progress Office (JAKIM) guide. This data is then analyzed based on the views of the four madhhabs that are muktabar in fiqh. The results show that samak is the process of cleaning an animal's skin of impurities for a specific purpose with a sharp tool. While sertu is the process of cleaning the affected part of mughallazah faeces (dogs, pigs and their offspring) with the help of water and soil. The cleaning method of samak and sertu is different from the other two. The meaning of samak and sertu should be understood, as they were agreed upon for cleaning and hygiene.

Downloads

Published

28-12-2023

Issue

Section

Articles

How to Cite

Ahmad, N., Wan Zahari, W. A. M. ., Zainol, N. Z. N. ., Mustapha, A. S. ., Pakir, F. ., & Hussin, A. . (2023). Konsep Samak dan Sertu: Satu Perbandingan Menurut Perspektif Islam: The Concept of Samak and Sertu: A Comparison According to Islamic Perspective. Journal of Quranic Sciences and Research, 4(2), 8-18. https://penerbit.uthm.edu.my/ojs/index.php/jqsr/article/view/15037

Most read articles by the same author(s)