Cabaran Stereotaip Gender dalam Kepimpinan Wanita: Analisis dalam Bidang TVET

Gender Stereotype Challenges in Women’s Leadership: An Analysis in the TVET Sector

Authors

  • Nurul Izzah Zafari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Fazlinda Ab Halim Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Keywords:

Kepimpinan wanita, gender, TVET, stereotaip, Women’s leadership, stereotypes

Abstract

Malay :

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis cabaran stereotaip gender yang dihadapi oleh pemimpin wanita dalam institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia. Kepimpinan wanita dalam sektor TVET semakin mendapat perhatian, memandangkan peranan penting mereka dalam membentuk hala tuju strategik, memperkukuh keberkesanan organisasi, serta menyediakan tenaga kerja mahir yang relevan dengan kehendak semasa dan masa depan industri. Melalui satu tinjauan literatur sistematik ke atas 20 artikel ilmiah terpilih yang diterbitkan antara tahun 2020 hingga 2025, kajian ini mengenal pasti pelbagai cabaran sosial, budaya, dan institusi yang menjejaskan kemajuan kepimpinan wanita dalam konteks TVET. Dapatan kajian mencadangkan pembangunan model kepimpinan yang holistik dan kontekstual, mengambil kira dinamika gender serta keperluan dan cabaran Revolusi Industri 4.0. Model ini dapat memperkasakan wanita sebagai pemimpin TVET untuk memainkan peranan utama dalam melaksanakan agenda pembangunan modal insan dan memacu kecemerlangan pendidikan teknikal di Malaysia.

English :
This study aims to analyse the challenges of gender stereotypes faced by women leaders in Technical and Vocational Education and Training (TVET) institutions in Malaysia. Women’s leadership in the TVET sector has gained increasing attention due to their important role in shaping strategic direction, strengthening organisational effectiveness, and supporting the development of a skilled workforce that is responsive to the current and future needs of industry. Through a systematic literature review of 20 selected scholarly articles published between 2020 and 2025, this study identifies various social, cultural, and institutional challenges that hinder the advancement of women in TVET leadership. The findings highlight the need to develop a holistic and contextually relevant leadership model that takes into account gender dynamics as well as the demands and challenges of the Fourth Industrial Revolution (IR 4.0). Such a model has the potential to empower women leaders in TVET to play a strategic role in advancing the human capital development agenda and driving excellence in technical education in Malaysia.

Downloads

Published

30-06-2026

Issue

Section

Articles

How to Cite

Zafari, N. I. ., & Ab Halim, F. (2026). Cabaran Stereotaip Gender dalam Kepimpinan Wanita: Analisis dalam Bidang TVET: Gender Stereotype Challenges in Women’s Leadership: An Analysis in the TVET Sector. Journal of TVET and Technology Review, 4(1), 65-73. https://penerbit.uthm.edu.my/ojs/index.php/jttr/article/view/26478