Kajian Literatur Kesan Penggunaan Abu Terbang di dalam Konkrit Padat Sendiri 2016 hingga 2021

Authors

  • ANIES NAZIRA MUSTAFFA KAMAL UTHM
  • ISHAM ISMAIL

Keywords:

debu buangan, abu terbang, konkrit padat sendiri

Abstract

Penggunaan semula bahan debu buangan merupakan alternatif untuk mengurangkan sisa pembuangan dari aktiviti industri, berikutan dengan peningkatan penghasilan sisa debu buangan yang mengakibatkan kesan terhadap alam sekitar. Kajian ini akan menentukan jenis dan ciri debu buangan yang digunakan untuk menghasilkan konkrit padat sendiri (KPS) berdasarkan kajian literatur dan menilai kesan penggunaan bahan debu yang paling banyak digunakan untuk menghasilkan KPS. Sifat dan kesan bahan debu buangan terhadap kebolehkerjaan, kekuatan mampatan, kekuatan tegangan, kekuatan lenturan dan nilai Ultrasonic Pulse Velocity (UPV) dikenalpasti melalui sumber debu, imej SEM dan data XRF. Analisis yang digunakan adalah Preferred Reporting of Items for Systematic Reviews and Meta-Analyses (PRISMA) untuk mendapatkan objektif kajian. Kesimpulannya, hasil kajian ini diharap dapat memudahkan penyelidik akan datang untuk memahami peranan, fungsi dan kesan debu buangan dengan lebih mudah dan cepat.

Downloads

Published

17-07-2022

How to Cite

MUSTAFFA KAMAL, A. N., & ISMAIL, I. (2022). Kajian Literatur Kesan Penggunaan Abu Terbang di dalam Konkrit Padat Sendiri 2016 hingga 2021. Recent Trends in Civil Engineering and Built Environment, 3(1), 1279-1290. https://penerbit.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rtcebe/article/view/2806